Syarikat hartanah terkemuka, Datumcorp International Sdn Bhd (DCI) tersenarai dalam Malaysia Book of Records selepas diiktiraf memaparkan Jalur Gemilang terpanjang dekat Sky Bridge di Residensi Datum Jelatek.<br /><br />Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Azmil Abd Shukor berkata idea itu tercetus sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia sekali gus menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.
